Thursday, September 9, 2010

PEMENANG PERTANDINGAN MEMBUAT BLOG, POWER POINT, POSTER DAN ESEI BERSAMA SAMA DENGAN DYMM RAJA MUDA PERLIS SEWAKTU LAWATAN DIRAJA KE KOTA MARUDU DALAM WEB SITE MOSTI



Terima kasih diucapkan kepada Team Portal "Ministry Of Science, Technology & Innoivation" kerana telah memasukkan gambar kami (para pemenang pertandingan anjuran Cyber Security) bersama DYMM Raja Muda Perlis dalam laman web sesawang Kementerian Sains, Teknonologi & Inovasi. Gambar ini memberi suntikan motivasi kepada kami untuk terus berusaha ke hadapan. SMK Langkon telah memenangi sub kategori membuat power point dan membuat blogspot.


Tuesday, September 7, 2010

JOHAN PERTANDINGAN MEMBUAT BLOG ANJURAN MOSTI

Blog kami yang mencuri perhatian para pengadil
Hadiah diberikan oleh Raja Muda Perlis
Bersama Pengetua SMK Langkon
Bersama hadiah kemenangan kami. Terima kasih MOSTI & Cyber Security

Kumpulan PRS SMK Langkon yang terdiri daripada Terriess Anthony, Ramus Galanang, Pairon & Jacewillson telah diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan membuat blog anjuran MOSTI. Hadiah 4 buah telefon bimbit nokia telah diberikan oleh Raja Muda Perlis di SMK KM2 pada 5 September 2010.


Saturday, September 4, 2010

PROGRAM CYBERSAFE DI KOTA MARUDU

Kumpulan 13 sedang bergambar dengan Cr Stanley (Kaunselor SMK Langkon), Lt Kolonel Husin Jazri (CEO cyberSAFE) dan En. Izham (Ketua Jabatan Outreach)
Ceria sunggu kumpulan 13 bergambar dengan Cr Stanley (Kaunselor SMK Langkon), Lt Kolonel Husin Jazri (CEO cyberSAFE) dan En. Izham (Ketua Jabatan Outreach)


Kumpulan 13 yang terdiri daripada ahli PRS SMK Langkon iaitu Ramus Galanang, Pairon Abel, Terriess Anthony dan Jexwillson sangat gembira mengikuti cyberSAFE yang telah berlansung selama 2 hari di SMK Salaping dan di Pusat MOSTI. Ia telah memberi pengetahuan tentang keselamatan di alam siber. Kelihatan dalam gambar kami kumpulan 13 sedang bergambar dengan LT Kolonel Husin Jazri yang merupakan CEO cyberSAFE dan en. Izham yang merupakan ketua jabatan outreach cyberSAFE. Syabas diucapkan kepada pihak MOSTI yang berjaya menganjurkan program cyberSAFE yang berjaya mencapai objektif yang telah disasarkan. 

Friday, September 3, 2010

PETA PEKAN KOTA MARUDU


Peta google Kota Marudu, Sabah, Malaysia
Peta Kota Marudu Sabah yang lengkap dengan semua bandar yang ada di negeri Sabah
Kota Marudu yang merupakan antara daerah yang ada dalam peta ini

Peta yang dipapar pada blogspot ini diharap akan membantu orang perseorangan atau persatuan untuk mengetahui di mana kah lokasi Kota Marudu. dengan adanya peta ini, ianya akan dapat membantu semua yang mempunyai rancangan untuk datang di pekan permai yang kaya dengan flora fauna semulajadi di samping masyarakat berbilang kaum yang peramah.


PASAR RAMADAN DI KOTA MARUDU

Antara makanan yang dijual
makanan yang menyelerakan
Add caption
banyak gerai yang menjual makanan yang berbeza

Pasar ramadan yang ada di Kota Marudu merupakan acara tahaunan yang berjaya membantu banyak pekedai menjana kewangan di bulan yang mulia ini. Aktiviti ini dilihat dapat meningkatkan semangat permuafakatan yang ada di Kota Marudu. Makanan yang ada di sini sangat sedap dan menyelerakan. Datanglah ke pasar ramadan Kota Marudu setiap hari sehinggalah selesai bulan puasa.

BANGUNAN - BANGUNAN YANG ADA DI KOTA MARUDU

Bangunan urus setia Daerah Kota Marudu
Bangunan Pejabat Daerah Kota Marudu
Bangunan Perpustakaan Kota Marudu
Bangunan Hotel Marudu IIN

Walaupun Kota Marudu merupakan satu bandar kecil, namun ianya tidak menghalang bangunan tumbuh seperti cendawan tumbuh di Kota Marudu. Bangunan - bangunan kerajaan yang ada di Kota Marudu berfungi untuk membantu warga penduduk mendapat hebahan dan perkhidmatan yang sewajarnya demi kesejahteraan penduduk.

PAPAN PAPAN IKLAN YANG ADA DI KOTA MARUDU

salah satu papan iklan yang terdapat di kota marudu
iklan-iklan yang di paparkan
papan iklan yang penuh imfomasi
Papan iklan yang mempromosikan kereta

Papan papan iklan yang ada di Kot marudu merupakan salah satu cara untuk menghebahkan maklumat atau promosi kepada orang ramai. Langkah ini juga secara tidak langsung membantu meningkatkan tahap ekonomi yang di Kota Marudu.

PAPAN TANDA KE KOTA MARUDU

Papan tanda ke Kota Marudu
Papan tanda berdekatan dengan kelapa sawit
Papan tanda jarak Matunggung, Kudat, Kota Belud dan Kota Kinabalu

Sepanjang perjalanandari kota kinabalu kita akan melintasi ladang kelapa sawit. kelapa sawit ini juga salah satu sumber pendapatan penduduk di kawasan daerah Kota Marudu. selain itu, kelapa sawit juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. kelapa sawit dapat dijadikan minyak masak, sabun dan minyak rambut.